Thursday, April 14, 2011

Random thoughts

What I notice the past few days are...

1. People are the same. We may be different in colour, race, religion, up bringing, tradition but we are equally the same mentally. Why?
---> People who drive an imported car feels that they have the authority to do anything they like... They can park at the roadside without thinking of the inconvenience caused to others.
---> They have the tendency to think that they can cut in whenever they like without having the courtesy of signalling. When an accident happen, they have the power to thrash and treat people like vermin.

2. People like to brag. This apply to both men and women.

3. Motorcyclist, lorry and bus drivers are hazardous to our health.
---> Motorcyclist always, and I repeat, ALWAYS cause road accident. you may think I am prejudice, but lets ponder. Whenever you are taking a turn, how do you feel when suddenly a motorcyclist appear on your right also taking the turn? It sure like HELL give me a heart attack because they are always on the blind spot. When they suddenly appear on my right, I tend to break unexpectedly and that may cause the car behind me to ram into me. Or worse, cause me to have a heart attack.
---> Lorry and bus drivers are worst. They will want to slip in between you and the car in front of you eventhough there is little space as possible. Their attitude caused more traffic as we have to wait for them to be in the lane. If the traffic is bad, they be the 'salt', 'seasoning' and 'sugar'. (Penambah perisa katanya...)

note: I am not pointing any fingers to specific person. This is just my random thoughts over these past few days. What I am saying here is in general as all Malay, Indian, Chinese, Chindian, Punjabs, Serani's, etc are all the same.

Saturday, April 9, 2011

Cinta

Kata orang, cinta yang pertama adalah cinta yang sukar dilupakan... Betulkah? Walaupun masih mengingati saat pertama kali mempunyai teman lelaki, hati tersenyum. Pengalaman bercinta yang sangat indah walaupun hanya sekejap. Perbualan dan SMS menjadi pengubat rindu walau tidak pernah bersua muka... Pelik bukan cinta zaman remaja? SMS dan perbualan telefon boleh membuatkan hati bertambah sayang...

Namun, cinta pertamakah itu? Sukarkah untuk melupakannya? Mungkin, untuk sebulan dua. Bila masuk bulan ketiga sudah tidak ingat apa pun lagi. Terasa amat samar kenangan yang tercipta walaupun perit perpisahan tu masih berbaki.. Bila sudah sambung belajar ke peringkat lebih tinggi, mata mula liar mengusha jejaka-jejaka tampan (tampankah?) Terasa ingin memancing satu dua... Bukan apa, mahu terasa disayangi dan dihargai. Terasa seronok melihat teman-teman yang mempunyai teman lelaki mendapat hadiah yang mahal-mahal pada hari lahir mahupun hari ulang bulan/ ulang tahun perhubungan. Tapi bila fikir-fikir semula, memang la boleh dapat hadiah yang mahal-mahal... Semua PTPTipu yang menanggung. Masakan tidak, sekali masuk duit RM8000. Tolak yuran pengajian, duit buku, yuran hostel, register barang elektrik... ada baki lagi RM 3000-RM 4000. Masa-masa macam ni lah boleh berlagak hendak memakai minyak wangi berjenama, laptop up-to-date, baju jenama ZARA, TOP SHOP, handphone latest... Semua ditanggung beres.... Alhamdulillah diri tidak begitu, tapi habis juga duit tanpa simpanan sebab makan di tempat-tempat mewah... SUSHI KING sentiasa menjadi kegemaran suatu ketika dahulu.... (errr... dah lari topik ni)

Bagaimana kita boleh mendefinisikan cinta pertama itu? Pada pandangan mata yang rabun ini, cinta pertama adalah cinta yang membawa ke jinjang pelamin dan di redhai oleh ALLAH SWT dan juga kedua ibu bapa. Cinta seperti inilah yang membawa ke cinta sejati yang kekal seumur hidup. Saya mahukan cinta pertama seperti ini... Bukan cinta monyet yang bercinta berbulan-bulan, bertahun-tahun namun tiada apa-apa makna. Apabila terputus di tengah jalan, mula menuding jari. Tidak pernah terlintas mahu menyalahkan diri sendiri.

Rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi menggamit hati untuk mendapatkan cinta sesuci cinta Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Nor Bahyah. Ustaz meluahkan rasa cinta dihati ketika masih di sekolah menengah, berdating tapi bersama teman dan tidak pernah sekali pun menyentuh Ustazah sehingga melafazkan nikah... Walaupun saya tidak baik orangnya, saya mahukan seseorang lelaki yang dapat membimbing saya menjadi seorang wanita yang diredahi ALLAH SWT. Seperti mana Lina merasakan bahawa Faizal Ismail (FBI) adalah lelaki yang boleh membimbingnya menjadi wanita yang sejati, isteri yang sempurna. Dapatkah saya lelaki seperti ini?

Adakah kerana pemikiran seperti ini menyebabkan saya rela menyuarakan rasa hati pada emak untuk mencarikan saya jodoh yang dia suka dan yang dirasakan terbaik untuk saya? Apabila kawan-kawan mengajukan soalan mengapa tiada teman lelaki dan jawapan yang diterima adalah 'saya akan kahwin dengan jodoh pilihan emak...', ada yang memandang saya seperti saya berfikiran kolot. Tidak kurang juga yang mentertawakan saya... Kolotkah fikiran saya? Tidak bukan? Entah kenapa, sejak dari bangku sekolah lagi saya dapat rasakan bakal suami adalah pilihan emak... Mungkin terikat dengan instinct tersebut membuatkan saya menutup hati untuk mencari teman lelaki walaupun teringin untuk bercinta... Dan adakah sesuatu perkara yang pelik jika sudah berumur 25 tahun tapi tidak berpunya? Siapakah yang kolot? Saya atau mereka?