Saturday, March 19, 2011

saya seorang yang tipikal

suatu masa dahulu, tidak pernah terlintas di kepala untuk menyertai dunia call centre... ini adalah kerana:
orang kerja di call centre hanya lepasan SPM

oi! betapa ceteknya pemikiran pada suatu masa dahulu... rupa-rupanya saya adalah melayu yang tipikal... memandang pada kerjaya yang belum pasti menjadi milik kita... konon-kononnya mahu menjadi seorang pensyarah dan juga penulis yang terkenal... tapi hakikatnya, tak pandai pun menulis...

kenapa tiba-tiba timbul isu melayu tipikal? kerana mak ada bertanya kepada saya baru-baru ini...
sebelum ni, pernah tak terfikir orang-orang yang kerja kat call centre tu ade kelulusan universiti?
=.= dengan pantas menggelengkan kepala
ini menunjukkan kemungkinan yang mak saya juga berfikiran melayu tipikal...

kalau diikutkan, boleh saja saya menjadi seorang pendidik kerana itu adalah kelulusan yang saya sandang. namun, mungkin GPA yang diperoleh tidak begitu mantap yang menyebabkan saya tidak dapat menjawat jawatan seorang pensyarah mahupun tutor.

lantas, saya pun pergilah interview untuk menyertai sebuah call centre... alangkah terkejut bukan kepalang kerana mereka semua mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma... terasa diri amat jahil kerana berfikiran kolot! walaupun ada yang hanya lepasan SPM namun mereka sentiasa ingin memajukan diri...

haih! terasa diri ini sangat melayu... berfikiran sempit... harap-harap saya dimaafkan.. ^.^V

No comments:

Post a Comment