Hujan turun dengan lebatnya... terlalu lebat sehingga mengaburi pandangan mata. Terkebil-kebil mata hendak fokus pada jalan raya yang sudah ditakungi air. Kiri kanan pemandu memperlahankan kereta. Laju-laju nanti free2 je eksiden~
Dalam hati berkata (bukan menyumpah seranah ye... hujan itu rahmat Allah)... KL, bukan KL lah nama nya kalau tidak jam. Tersekat dengan kesesakan lalulintas ditambah pula dengan hujan yang lebat sedikit sebanyak menggugat iman untuk berkata-kata kasar. Namun disabarkan hati dengan mengatakan bahwa orang lain juga mahu pulang menemui keluarga. Mereka juga bekerja seharian dan memandu pulang dalam keadaan lelah.
Tiba-tiba terpandang pula si penunggang motor. Kasihan kerana terpaksa meredah hujan tanpa ada apa-apa teduhan kecuali baju hujan mahupun jaket yang dipakai. Ada juga yang sudah basah lecun tapi masih gagah merempuh dugaan-Nya. Timbul sedikit keinsafan dihati.
Tersekat selama 20 minit di Bulatan Pahang menimbulkan kebosanan di hati. Mujur hari ini memandu MYVi. Dapatlah mendengar lagu di RED.FM. Kalau memandu kereta kesayangan, alamatnya habislah bateri handphone. Selepas melepasi bulatan tersebut, mahu rasanya memecut laju agar cepat sampai ke rumah. Namun memikirkan juga kesemalatan diri dan juga umat sejagat.
Dalam penuh kosentrasi memandu, terlintas satu pertanyaan dibenak... Kenapa setiap hari Isnin, Jumaat dan hari hujan, KL akan menjadi sesak sehingga menyakitkan jiwa raga? Jika difikir-fikirkan, tiada penyebab sebenar kesesakan lalu lintas tersedut... Pernah juga ku utarakan pada mak "ade jin kot yang buat jalan jam..." Ya, mungkin itulah jawapan yang sesuai.
Jin tersebut adalah kita sendiri sebagai pemandu... Kerana terlalu mengikut kata otak, maka menyusahkan orang lain... Mahukah kita menjadi jin tersebut? Itulah persoalannya...
No comments:
Post a Comment